" Flower "

Flower

Hai Welcome Here


" I would rather wear flowers in my hair than diamonds around my neck "

We can chatting here





La Tahzan}
Wednesday, 6 May 2015 | 05:17 | 0Comment

Mengapa betapa sukarnya untuk kita move on dari kisah lampau?

Ya, move on. Teruskan hidup dan tinggalkan kisah lampau yang menghancurkan hati.

Bagi sesetengah orang yang tak pernah merasai betapa sakit dan hancurnya setelah dikecewakan, mereka melihat perkara ini sebagai mudah dan kecil sahaja.

Tapi bagaimana pula mereka yang sedang merasainya?

Malangnya tidak.

Tidak semudah yang disangka. Sebab, kadang-kadang…

…perkara yang nampak kecil inilah yang mengambil ruang paling besar dalam hati kita.

Terkurung dalam kesakitan dan kesilapan masa lalu yang enggan dilupakan.

Watak-watak dan babak-babak yang pernah hadir dalam hidup, meninggalkan parut yang sepertinya tak akan hilang.

Siapa yang boleh menjangka disebalik sebuah senyuman terlindung segaris parut luka yang dalam, yang seakan tidak mahu sembuh untuk seumur hidup.

Hati kita bingung. Akal kita bercelaru.

Adakah itu bermakna kita lemah?

Bukan. Memang lumrah hati manusia adalah lemah, sehingga kadang-kadang membuatkan kita terduduk seakan tidak mampu berdiri apabila jatuh.

Tetapi dengan berlalunya masa dan sedikit usaha, kita boleh membina kekuatan hati, lebih kuat dari sebelumnya.

– Dengan syarat, kita jangan mudah berputus asa dan bangun teruskan hidup terlebih dahulu 😊
hati manusia, lebih cenderung untuk kekal  statik, daripada move on.

Bila berbicara mengenai perubahan, ia akan berkaitan dengan satu perkara: perkara yang paling penting iaitu mencari jalan untuk mula.

Sekali kita sudah bermula, InsyaaAllah ia akan lebih mudah untuk kita kekal maju – menjalani proses move on.

Disini ada beberapa tips ⬇

✔Buat masa sekarang, anda mungkin rasa sangat sedih, penat dan tiada mood. Anda tahu saat ini anda sangat memerlukan kekuatan dan dekat dengan Tuhan, tetapi anda merasa sangat lemah.
✔Jadi, tarik nafas dalam-dalam dan kuatkan diri untuk berbasah dengan wuduk. Itu boleh menjadi langkah kecil pertama yang sudah cukup baik untuk bangun dari katil dan kesedihan anda.Buat masa sekarang, anda mungkin hanya termenung mengingat kisah lalu dan bergelut dengan perasaan.
✔Tetapi jika anda ambil masa dua minit untuk membuang segala hadiah/pemberian yang diberi oleh si dia, padam no telefonnya, block facebook, dan apa sahaja medium yang mengingatkan kepada dia, mungkin ini boleh langkah pertama untuk membuang segala kenangan pahit yang lalu.Pada masa sekarang, fikiran anda buntu dan tidak tahu apa yang harus dibuat selanjutnya.
✔Tetapi jika anda ambil sebuah buku dan mula membacanya, ia mungkin akan mula membuat anda sibuk dan membawa anda jauh dari masalah.

Motivasi selalunya datang selepas kita mula buat sesuatu.

Apa yang kita harus buat adalah mencari jalan untuk memulakan langkah kecil dulu. Kerana apa bila kita sudah mula bergerak ke hadapan, kita akan cenderung untuk terus bergerak maju ke hadapan.

Yang penting, dapatkan momentum terlebih dahulu.

Setelah itu, kita akan melakukan perkara lain dengan senang dan mudah. 

SELAMAT MENCUBA 😉😉
La Tahzan 😘