|
Hai Welcome Here
![]() " I would rather wear flowers in my hair than diamonds around my neck " We can chatting here
|
refresh
profile
tutorial
affies
twitter
follow
UKM}
Friday, 25 May 2018 | 01:04 | 0Comment Aina tak sangka yang aina dapat masuk ukm. Aina pun baru tahu yang rupa-rupanya ayah aina pun dulu masuk ukm masa degree dan master. Mak-mak saudara aina pun ukm. Bapa saudara aina pun ukm. Dah macam generasi ukm kan? Hahaha.. Semua family aina support masuk ukm biasalah alumni kan. Pertama kali aina jauh dengan family. Homesick selalu hahaha rindu keluarga aina HALBAN PET HOUSE}
| 00:58 | 0Comment Hai semua ! Harini aina nak promote kedai abang aina. Abang aina ada buka kedai kucing tau!! So buat semua pencinta kucing. Anda boleh dapatkan makanan kucing aksesori kucing hotel kucing grooming dan lain-lain lagi. Kedai abang aina bertempat di jitra kedah. Anda nak tengkn kucing family aina pun boleh hehe comel-comel semua. Kalau nak beli, sebut nama aina. InsyaAllah abang bagi diskaun POLIGAMI}
Thursday, 24 May 2018 | 21:45 | 0Comment Aina pasti ramai yang tahu pasal poligami kan? Aina pun sangat tidak setuju pasal poligami. How can man love 2 women at the same time? Aina pun alami benda yang sama dalam family. Ayah aina kawin 2. Masa aina kecil, aina menentang la juga. Protes semua. Tapi aina tahu semua ni berlaku mesti ada hikmah. Perancangan Allah siapa kita nak menghalang. Setiap yang terjadi mesti ada sebab. Ibu aina sangat kuat untuk hadapi dugaan macam tu UMRAH IN 2014}
| 09:35 | 0Comment Alhamdulillah pada bulan december 2014. Aina dapat berpeluang buat umrah di rumah Allah. Pengalaman yang sangat paling aina tak boleh nak lupa. Rezeki yang Allah bagi. Aina bersyukur. Ibu aina bawak pergi buat umrah dengan ayah. Abang tak dapat ikut sebab masuk universiti. Pertama kali aina nampak kaabah. Hati rasa sayu sebak air mata mengalir tanpa henti. Rasa tak percaya. Rasa hiba sangat. Hanya melihat kaabah. Air mata boleh jatuh. Indahnya ciptaan Allah. Masa aina pergi tu kat mekah tengah sejuk. Bulan 12 kan. Ramai sangat manusia mengelilingi kaabah. Umrah pertama aina adalah pada pukul 3 pagi. Aina tak akan pernah lupa pengalaman yang Allah bagi aina rasa masa tu. Aina berharap aina dapat mengunjungi rumah Allah lagi jika diberi peluang dan rezeki LUAHAN}
| 09:27 | 0Comment Apa perasaan anda jika orang selalu mengungkit salah anda yang lepas? Mesti rasa sakit kan? Allahu sakit sangat perasaan tu. aina nak pesan. Jangan lah suka mengungkit salah seseorang itu yang dah lepas. Ya tahu orang itu pernah ada salah pernah ada salah. Dia sudah pun minta maaf dan tak pernah nak ulang salah itu. Tapi siapa kita? Apa hak kita? Nak mengungkit semua benda yang dah lepas. Mulut kata dah maafkan tapi masih mengungkit. Benda yang dah lepas kenapa nak toleh ke belakang lagi? Kalau selalu mengungkit, bila masa nak maju ke depan? Masa lalu penting ke yang nak mengungkit tu? Masa depan lagi penting. Benda yang lepas biarlah lepas Hulur Projek}
| 07:17 | 0Comment Hulur Projek ni program fakulti yang memberi bantuan makanan kepada pelajar B40. Program ni merupakan manifesto MPP faizah. Dalam Hulur Projek ni aina jadi AJK Tugas-tugas Khas. Tugas aina cuma perlu buat kupon untuk agihan makanan. Kupon ni akan diberi kepada pelajar B40 yang memerlukan sahaja. Kemudian, sehari sebelum agihan makanan dijalankan, semua ajk diminta berkumpul untuk membungkus makanan seperti roti, biskut, tin sardin, kurma dan air mineral. Pada esoknya, pelajar B40 yang telah mendapat emel pemberitahuan pengambilan makanan ini datang ke tempat agihan. Agihan ini bermula dari jam 10 pagi hingga 12 tengahari. SILAT PENDEKAR PART 3}
| 06:48 | 0Comment Sebelum rakaman dimulakan, pihak pengurusan mengingatkan kami agar tidak menghalang kamera-kamera yang diletakkan di setiap sudut dewan bagi merakam segala aktiviti sepanjang program tersebut berlangsung. |




